Rebana License Canang Technologies

Dari borang di kaunter, sampai lesen di dinding.

Satu fail. Satu aliran. Satu daftar.

Sistem pelesenan untuk pihak berkuasa tempatan: lesen premis, lesen penjaja dan gerai, permit sementara dan iklan. Setiap permohonan bergerak melalui aliran yang sama — semakan kelengkapan, lawatan tapak, jawatankuasa, bayaran — dan berakhir sebagai satu baris dalam daftar lesen yang tahu bila ia luput.

Antara muka
Bahasa Melayu
Jenis lesen
11
Laporan
20
Versi
1.0.0
Papan utama: 45 permohonan lesen dan 23 permohonan permit dalam proses dipecahkan mengikut peringkat, 7 ditangguhkan, donat status akaun lesen dengan 38 aktif dan 36 tamat tempoh, dan kad hasil kutipan di bawahnya.
Papan utama. Berapa banyak permohonan tersekat, dan tersekat di peringkat mana — dibaca sebelum mesyuarat pagi, bukan dikira semula daripada fail. Baris Ditangguhkan diasingkan kerana ia satu-satunya nombor yang tidak bergerak sendiri: ia menunggu seseorang.
Aliran kerja

Perjalanan satu permohonan

Sistem mengikut turutan kerja sebenar sebuah unit pelesenan, bukan menu modul. Setiap peringkat menyerahkan fail kepada peringkat berikutnya dan meninggalkan tarikh serta nama pegawai yang boleh disemak semula.

peringkat 1

Permohonan

Akaun pelanggan dibuka atau dipilih, kemudian borang mengikut keluarga lesen — premis, penjaja, perindustrian. Nombor fail dijana serta-merta: L01202607MT0100000013.

peringkat 2

Semakan kelengkapan

Senarai semak dokumen mengikut jenis lesen dan aktiviti perniagaan yang dipohon. Fail tidak lengkap tidak boleh dihantar ke lawatan — ia berpatah balik kepada pemohon dengan sebab yang tercatat.

peringkat 3

Lawatan & sokongan

Pemeriksaan tapak dijadualkan kepada pegawai, dan rujukan dihantar kepada agensi luar yang perlu memberi sokongan. Kedua-duanya kekal terbuka pada fail sehingga dijawab.

peringkat 4

MJKTP

Jawatankuasa Kecil Teknikal Pelesenan. Permohonan dibawa ke mesyuarat sebagai senarai, bukan sebagai timbunan fail, dan keputusan dicatat pada baris masing-masing.

peringkat 5

MJKPP

Jawatankuasa Pelesenan & Perniagaan membuat keputusan akhir. Permohonan berisiko tinggi ditanda sebagai Berisiko Tinggi sejak peringkat pertama, jadi ia tidak terlepas pandang di meja mesyuarat.

peringkat 6

Bayaran

Bil dikeluarkan mengikut jadual kadar yang terikat pada aktiviti perniagaan dan undang-undang kecil. Status kutipan direkodkan kembali pada fail permohonan.

selesai

Lesen aktif

Fail menjadi satu baris dalam daftar lesen, dengan tarikh sah dan tarikh luput. Dari situ ia hanya ada dua masa depan: diperbaharui, atau tamat tempoh.

Meja pegawai

Kerja hari ini, bukan seluruh pangkalan data

Pegawai tidak membuka sistem untuk melihat semua rekod. Dia membuka sistem untuk melihat apa yang menunggu tandatangannya pagi ini.

Peti masuk bersepadu: 22 tugasan belum dituntut, dikumpulkan sebagai Pemeriksaan & Rujukan 10, MJKKTP 7, MJKPP 5, setiap baris menunjukkan nombor fail, nama pemohon, jenis lesen dan umur tugasan dalam hari.
Peti masuk bersepadu. Semua tugasan yang belum dituntut, dikumpul mengikut peringkat dan bukan mengikut modul. Lajur umur — 53 hari — ialah sebab peti ini wujud: ia menunjukkan fail yang sudah lama tiada siapa menuntutnya.
Senarai permohonan lesen dengan penapis status dan jenis lesen, setiap baris menunjukkan no. fail, pemohon dengan no. pengenalan, jenis lesen, tanda risiko dan status berwarna seperti Bayaran, Selesai, Ditolak dan Lawatan & Sokongan.
Permohonan lesen. Satu senarai untuk semua keluarga lesen, ditapis mengikut peringkat. Tanda Berisiko Tinggi dibawa terus pada baris supaya keutamaan dilihat tanpa membuka fail.
Butiran permohonan lesen L01202607MT0100000013 atas nama Sharifah Nadia binti Syed: aliran permohonan tujuh peringkat dengan penanda pada Bayaran, maklumat pemohon dan premis, kotak tindakan Cipta bil dan Rekod bayaran, serta panel senarai semak dokumen dan pemeriksaan tapak.
Butiran permohonan. Fail penuh pada satu skrin: di mana ia berada dalam aliran, siapa yang sedang dinanti (Menunggu tindakan: Pemohon), maklumat premis, senarai semak dokumen, pemeriksaan tapak, dan tindakan yang dibenarkan pada peringkat itu sahaja. Pegawai tidak perlu tahu langkah seterusnya — skrin yang menawarkannya.
Daftar

Lesen yang sudah keluar, dan yang akan luput

Daftar bukan arkib. Ia senarai kerja untuk suku tahun berikutnya.

Daftar lesen ditapis kepada status Aktif: no. akaun, pemohon dengan no. pengenalan, jenis lesen, status Aktif dan tarikh sah hingga bagi setiap baris.
Daftar lesen. Setiap lesen yang pernah dikeluarkan, dengan statusnya hari ini dan tarikh ia sah hingga. Ditapis di sini kepada Aktif — status lain (belum aktif, tamat tempoh, dibatalkan, senarai hitam, ditolak) ialah penapis yang sama, bukan skrin yang lain.
Senarai pembaharuan lesen: no. akaun, pemohon, jenis lesen, tempoh sah dengan kiraan hari sebelum luput, dan pautan Mulakan Pembaharuan pada setiap baris.
Pembaharuan. Disusun mengikut yang paling hampir luput, dengan kiraan hari yang tinggal. Mulakan Pembaharuan membuka permohonan baharu yang sudah mewarisi maklumat lesen sedia ada, jadi pemegang lesen tidak mengisi semula perkara yang majlis sudah tahu.
Pemegang lesen

Akaun dahulu, kemudian lesen

Seorang peniaga boleh memegang beberapa lesen dan permit merentas beberapa premis. Sistem menyimpannya sebagai satu akaun, bukan sebagai nama yang ditaip semula pada setiap borang.

Senarai akaun pelanggan ditapis kepada akaun benih: no. akaun, nama, no. pengenalan, jenis Individu, status Diluluskan dan tarikh didaftar.
Akaun pelanggan. Pendaftaran sekali, digunakan pada setiap permohonan selepas itu. Akaun disemak dan diluluskan sebelum ia boleh memohon, jadi pengesahan identiti berlaku sekali di hadapan, bukan berulang pada setiap fail.
Butiran akaun CST/2026/SEED004 atas nama Muthu a/l Samy: no. pengenalan, telefon, e-mel, alamat, maklumat peribadi, dan tindakan Kemaskini Profil, Nyahaktifkan serta Tetapkan Semula Kata Laluan.
Butiran akaun. Satu rekod pemegang lesen, dengan tindakan pentadbiran yang jelas: kemas kini, nyahaktifkan, tetapkan semula kata laluan portal. Akaun dinyahaktifkan tidak memadam sejarah lesennya.
Permit

Yang bertempoh pendek

Permit perniagaan sementara, permit iklan, permit meja kerusi — aliran yang lebih pendek daripada lesen, tetapi rekod yang sama bentuknya.

Senarai permohonan permit: no. permit, jenis seperti Permit Perniagaan Sementara dan Permit Meja Kerusi, pemohon, tempoh sah dengan tarikh mula dan tamat, serta status Semakan Dokumen, Pengesahan Tapak, Bayaran, Selesai atau Ditolak.
Permohonan permit. Empat peringkat, bukan tujuh: semakan dokumen, pengesahan tapak, bayaran, selesai. Tempoh sah dicatat pada baris kerana permit diukur dalam minggu, bukan tahun.
Daftar permit: enam permit perniagaan sementara aktif dengan no. permit, pemohon, tempoh sah dari dan hingga, serta label Aktif.
Daftar permit. Permit yang sedang berkuat kuasa sahaja. Apabila tempohnya habis ia jatuh keluar dari daftar ini tanpa sesiapa perlu menutupnya secara manual.
Kawasan

Beban kerja di atas peta

Lesen ialah rekod bertempat. Apabila ia diletakkan di atas peta majlis, soalan yang selama ini dijawab dengan tekaan — zon mana paling tertekan — menjadi satu pandangan.

Peta lesen dan permit menunjukkan 201 rekod berlokasi sebagai kelompok bernombor di atas peta jalan, dengan petunjuk status belum aktif, aktif, tamat tempoh, dibatalkan, senarai hitam dan ditolak, serta penapis zon Z01 hingga Z04.
Peta lesen & permit. Setiap lesen berlokasi, dikelompokkan mengikut kepadatan dan diwarnakan mengikut status. Butang 24 Tamat Tempoh dan 15 Hampir Tamat di atasnya menukar peta menjadi senarai lawatan penguatkuasaan untuk minggu ini.
Papan kanban aplikasi dengan lajur Permohonan 20, Semakan Kelengkapan 23, Lawatan & Sokongan 10, MJKTP 7 dan MJKPP, setiap kad menunjukkan no. fail, nama pemohon, jenis lesen dan tanda risiko.
Kanban aplikasi. Aliran yang sama seperti papan utama, tetapi sebagai lajur yang boleh dilihat serentak. Lajur yang paling panjang ialah kesesakan sebenar unit itu pada hari ini.
Peta haba kepadatan lesen tamat tempoh: satu tompok merah dan hijau di atas peta jalan, dengan pelarasan jejari dan kekaburan, penapis status dan zon, serta kiraan 72 titik dipapar.
Peta haba. Kepadatan, bukan titik. Ditapis di sini kepada lesen tamat tempoh — tompok merah ialah tempat pegawai penguatkuasaan patut berada minggu depan.
Hasil & laporan

Laporan yang sudah ditulis

Dua puluh laporan dibina ke dalam sistem — bukan templat kosong, tetapi soalan yang unit pelesenan memang ditanya setiap bulan.

Skrin Jana Laporan: kumpulan Jenis Data Akaun Lesen dengan lima laporan dan kumpulan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Pelesenan dengan empat laporan, setiap baris mempunyai keterangan dan butang Jana.
Jana laporan. Dikumpulkan mengikut siapa yang meminta — data akaun, bahan mesyuarat, hasil, penguatkuasaan. Setiap laporan menyatakan apa yang dikandunginya sebelum dijana, jadi pegawai tidak menjana tiga laporan untuk mencari yang betul.

Senarai penuh, seperti yang terpasang:

  • Laporan Lesen Aktif
  • Laporan Lesen Tidak Aktif
  • Laporan Akaun Disenaraikan Hitam
  • Laporan Lesen Perniagaan Dibatalkan
  • Maklumat Lesen Aktif — Excel
  • Laporan Permohonan Baru Lesen Perniagaan
  • Laporan Maklumat Akaun Lesen
  • Laporan Keputusan Permohonan Lesen Perniagaan
  • Laporan Piagam Pelanggan
  • Laporan Anggaran Kutipan Hasil
  • Laporan Kutipan Hasil
  • Laporan Perbandingan Kutipan Hasil
  • Laporan Permohonan Lesen Perniagaan Telah Membuat Bayaran
  • Laporan Lesen Perniagaan Tidak Diperbaharui
  • Laporan Keputusan Pemeriksaan Tapak
  • Laporan Rujukan Agensi Belum Selesai
  • Laporan Notis Penguatkuasaan
  • Laporan Akaun Pelanggan Menunggu Kelulusan
  • Laporan Lesen Akan Tamat Tempoh
  • Laporan Aging Permohonan

Bil, mesyuarat dan penguatkuasaan

Ketiga-tiganya terpasang dan digunakan dalam aliran di atas — bil dikeluarkan pada peringkat bayaran, permohonan dibawa ke mesyuarat jawatankuasa dengan keputusan direkodkan pada setiap baris, dan katalog kesalahan mengikut undang-undang kecil menyokong notis penguatkuasaan. Skrinnya tidak dipaparkan di sini kerana data contoh pada pelayan demo membawa kod sebuah majlis tertentu; kami tunjukkannya secara langsung semasa demo.

Capaian

Setiap pegawai nampak menunya sendiri

Menu bukan senarai tetap. Ia dijana daripada modul yang diberi kepada kumpulan pegawai itu, jadi kerani tidak melihat skrin penguatkuasaan dan penguatkuasa tidak melihat akaun pelanggan.

Skrin log masuk Rebana License: kad dengan medan Nama Pengguna dan Kata Laluan serta butang Log Masuk, di atas latar krim.
Log masuk. Satu identiti untuk keseluruhan sistem. Modul yang muncul selepas ini ditentukan oleh kumpulan pegawai, bukan oleh apa yang dia tahu taipkan dalam bar alamat — permohonan terus ke URL modul yang tidak diberi akan ditolak.
Kerani Kaunter dan pendaftaran: papan utama, peti masuk, akaun pelanggan, permohonan lesen dan permit, daftar lesen dan permit, pembaharuan, kanban, peta, bil.
Pegawai Semua yang di atas, tambah peta haba, mesyuarat jawatankuasa, pemeriksaan tapak, notis dan kompaun, katalog kesalahan, dan laporan.
Penguatkuasa Papan utama, peti masuk, pemeriksaan tapak, notis dan kompaun, katalog kesalahan, peta dan peta haba. Tiada akses kepada akaun atau permohonan.
Akauntan Papan utama, peti masuk, bil dan bayaran, laporan, jadual kadar.
Pentadbir Semuanya, termasuk skrin Tetapan: jenis permohonan, jadual kadar, senarai semak, penghalaan langkah, kumpulan dan capaian modul, log sandaran.
Asas bersama

Yang datang bersama setiap modul

Rebana License berdiri atas teras yang sama seperti setiap modul Rebana yang lain. Yang berikut tidak perlu dibina, dibeli berasingan atau dirunding — ia sudah ada pada hari pemasangan.

Pengguna & kebenaran

Pengguna, kumpulan dan capaian modul sehingga peringkat skrin. Akaun boleh dikunci serta-merta apabila pegawai bertukar bahagian.

Jejak audit

Setiap tindakan penting tinggal sebagai baris audit yang boleh dicari: apa yang berlaku, kepada fail mana, oleh siapa, pada bila.

Catatan & lampiran

Dokumen sokongan dan catatan melekat pada fail permohonan itu sendiri, bukan tersimpan dalam peti e-mel pegawai yang akan bertukar.

Notifikasi & peringatan

E-mel dan SMS keluar melalui baris gilir, jadi pelayan mel yang tergendala tidak menggantung kerja kaunter. Peringatan tarikh luput batal sendiri apabila lesen diperbaharui.

Nombor rasmi & laporan

Nombor fail, bil dan lesen bersiri tanpa pendua walaupun beberapa kaunter mendaftar serentak. Laporan keluar sebagai PDF atau Excel daripada templat yang boleh dipinda tanpa pelepasan perisian.

Sandaran & versi

Sandaran berjadual ke storan majlis, dan versi tepat yang sedang berjalan sentiasa boleh dilihat — jadi setiap aduan bermula dengan fakta, bukan tekaan.

Demo

Lihat ia berjalan dengan data Majlis

45 minit untuk melihat satu permohonan dari hujung ke hujung: didaftar, disemak, dilawat, dibawa ke jawatankuasa, dibil, dan masuk ke daftar lesen.

Mohon demo

us@canang.com.my · Pelaksanaan berfasa · On-premise atau awan · Sokongan tempatan